Ucapan Presiden UTeMASA
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke lawan web rasmi UTeMASA. UTeM sudah mencapai usia 21 tahun penubuhan, pada tahun yang lalu, UTeM telah melangkaui dari seorang Rector dan empat (4) Naib Canselor yang dihormati dan setiap perubahan akan meningkatkan pencapaian ke aras yang lebih cemerlang dan gemilang. UTeMASA akan terus menerus bersama sama UTeM untuk mencapai visi, misi dan kecemerlangan di masa hadapan.
Kami mempunyai ahli daripada 8 Fakulti dan 2 pusat pembelajaran, ini akan membantu UTeM untuk mencapai kegemilangan dalam memberi program akademik teknikal dan focus program dalam kejuruteraan, kejuruteraan teknologi, ICT, pengurusan teknologi dan teknousahawanan.
Laman web UTeMASA adalah direkabentuk agar lebih menarik dan informatif, dengan sasaran ialah untuk menjadi platform yang mudah dicapai semua pelawat. Saya dengan ikhlas berharap agar laman ini akan berterusan memberi maklumat yang tepat dan sesuai kepada semua pelawat dan menjadi rujukan kepada semua.
Terima Kasih kerana melawat laman web rasmi UTeMASA.
Datin Wira Ts. Nurazlina Md. Sanusi
Presiden
UTeMASA