PPPC & PNC: Info Majlis KESIDANG MAS

"Kesidang Mas medan pertemuan strategik Naib Canselor dan warga UTeM"

 Seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tentunya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Kesidang Mas. Ianya adalah: 

  •  Bunga Kesidang adalah Bunga Rasmi negeri Melaka dan Bunga Rasmi UTeM. 
  •  Perkataan kesidang mengandungi perkataan sidang iaitu satu pertemuan, perhimpunan atau rapat.  
  •  Mas adalah singkatan nama Naib Canselor UTeM iaitu Massila. 
  •  Kesidang Mas adalah bunga emas yang mempunyai nilai yang tinggi.  
  •  Apabila warga UTeM menghadiri program ini tentunya sesama staf akan bertanya, hendak ke mana? mereka akan menjawab “Ke Sidang Mas”.  
  •  Kesidang Mas merupakan medan pertemuan strategik antara Naib Canselor UTeM baharu bersama dengan seluruh warga UTeM mengikut kumpulan pengkhususan.  

 Sekian pemakluman ringkas dan terima kasih atas kerjasama daripada seluruh warga UTeM.