Jemputan ke Mesyuarat Agung Dwitahunan UTeMASA 2022 dan Sambutan Aidilfitri 1443H
Semua ahli akademik UTeM dan ahli UTeMASA yang dihormati,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeMASA) 2022 DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 1443H
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Eksekutif UTeMASA Bil.2/2022 yang diadakan pada 1 Mei yang lepas telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan UTeMASA 2022 beserta Sambutan Aidilfitri 1443H mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Jun 2022 (RABU)
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Gadek Ballroom, MITC Hotel
3. Sehubungan dengan itu, Majlis Eksekutif UTeMASA ingin menjemput ahli UTeMASA untuk hadir ke Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan UTeMASA Tahun 2022 ini. Sekiranya anda belum menjadi ahli, boleh la memohon keahlian melalui pautan berikut https://tinyurl.com/utemasa.
4. Aturcara majlis dan agenda Mesyuarat Agung Dwitahunan 2022 dilampirkan bersama surat ini. Pautan borang usul adalah di https://forms.office.com/r/tv0iXyEYGK untuk perhatian dan tindakan ahli dan hendaklah dihantar sebelum 30 Mei 2022 jam 5 petang.
5. Maklumbalas kehadiran oleh ahli boleh dibuat di pautan berikut https://forms.office.com/r/9ftGz6ae1D sebelum atau pada 30 Mei 2022 bagi tempahan kapasiti ruang. Sekiranya ahli mempunyai sebarang soalan boleh disalurkan kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Syahrir bin Johal (Pengarah Program) sama ada melalui alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 019-6572324.
Semoga dengan kehadiran semua akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara kita serta mengambil peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain di bulan Syawal 1443H ini.
Kerjasama yang diberikan oleh semua di dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Saya yang menjalankan amanah,
DR ALIZA BINTI CHE AMRAN
Setiausaha Kehormat
UTeMASA Sesi 2019/2021
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Sekiranya anda masih belum menjadi ahli, boleh ke pautan borang keahlian dalam talian di https://tinyurl.com/utemasa
Keahlian baharu yang diterima sebelum atau pada 30 Mei 2022 jam 5 petang, boleh menghadiri dan mengundi di Mesyuarat Agung Dwitahunan 2022 ini.
Perlembagaan UTeMASA boleh dicapai di https://utemasa.utem.edu.my/perlembagaan.html