Penubuhan UTeMASA adalah berdasarkan kepada SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2002 yang bertujuan “untuk menerangkan peraturan penubuhan, peranan dan pengurusan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan supaya fungsi dan peranannya akan memantapkan lagi jentera perhubungan majikan-pekerja dalam sektor awam, terutamanya di peringkat setempat.”

Arahan untuk menubuhkan MBJ telah dikeluarkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

MBJ bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja di mana Pihak Pekerja di Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincang dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi di kementerian, jabatan atau pejabat berkenaan.
Bagi memantapkan lagi perhubungan majikan-pekerja di peringkat setempat dan selaras dengan konsep rakan kongsi bestari (Smart Partnership), surat pekeliling perkhidmatan baru ini dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci mengenai peraturan penubuhan, peranan dan pengurusan MBJ.

Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

UTeMASA telah lulus pendaftarannya oleh pihak ROS pada 28 Februari 2007 yang kemudiannya telah diperbaharui pada 15 Mac 2019.
Image